Thursday, January 8, 2015

An advice

Assalamualaikum alls!

(FYI, aku tak give up ni kali ke-3 dah aku tulis balik.. adik aku ni ha asyik tekan shutdown! Nak berapi dah akak dia ni...wakaka) 

So basically, aku bukanlah jenis  yang rajin study, rajin nak bukak buku, lagi lagi nak menelan isi kandungan buku tersebut memang tak la. Hobby aku adalah study last minute! Memang favourite aku dari dulu sampailah satu hari aku dapat kesedaran. Esok exam Biology Paper 2, malam tu aku study hardcore gila sampai pukul 3 pagi waklu! Dah tu sampai berpeluh peluh panas nak meletup rasa, laa aku lupa bukak kipas rupanya. Tragis kan! Nak bukak kipas pun tak sempat dah. So tengah busy study, aku terdetik nak jeling jeling handphone, Ya ALLAH! Terkejut aku, masa tu jantung aku dah berdegup gulp gulp. Dah tak senang duduk ni! DAH PUKUL 3 weh! Sedangkan banyak lagi chapter aku tak cover. So aku pon buat keputusan nak selak selak je chapter seterusnya! Aku pun selak selak sampai tertidur. Goodnight Biology :)

Keesokkan harinya, bangun pagi 630 -mandi solat breakfast roti sekeping terus cabut lari gi sekolah. So get ready for Biology paper! (facepalm) Dah duduk kat kerusi sedia nak terima soalan yang orang depan akan past kebelakang. Dalam hati, ish past paper pun lambat.. aku dah tak sabar nak tengok paper Bio ni! Penat taw aku study semalam :) ngehee! Tengah tengah termenung, opps kertas dah ada pun atas meja Alhamdulillah. Dah baca doa, Al-Fatihah, aku pun selak selak dan selaklah! Sekali lagi, jantung aku boom cikebum walao! Yang aku selak selak malam tadi tu lah yang masuk. TBH, aku tak tau apa aku jawab lepas tu. Bestkan study last minit? Bawa padah kat diri sendiri* Btw, ni cerita time aku nak amik spm dulu yo. 

So, peringatan untuk kita semua. Jangan study last minit okay! Kalau rasa rasa jenis yang suka berangan diri dia dapat pointer tinggi tu, Jangan beranganlah boleh dapat pointer tinggi kalau study last last minute. Rajinkan diri study awal awal ya kalians.  Nothing worth having comes easy!

So next,

 Let's talk about dean's list! So, nama melayu nya, DEKAN! 

Berbicara mengenai dekan, opps ter-skema. Siapa je yang tak nak pointer 3.7 above every sem? Sapa tak nak meh sini aku lepuk kepala dia bagi jalan sikit otak dia! Tak nak bagi aku la.


To be honest, dalam hati semua student, mesti mahukan dekan tapi sifat malas tersebut menguasai diri sampaikan kita alpa akan apa tujuan sebenar kita belajar! Lagi satu, kita selalu cakap. Ishh aku tak sepandai dia la.. kalau aku belajar betul betul pun belum tentu result aku gempak.. Babe babe sekalian, itu cerita "dia" dan tu cerita "kalau". Bila lagi kita nak buat cerita "kita". Ada faham? 

Manusia ni akan cari seribu alasan untuk tak berjaya. So, daripada kita cari alasan lebih baik kita cari jalan nak solve the problem. Jalan nak berjaya. Nak dapat dekan. Tak salah kalau kita cuba? 

So lagi satu nak berjaya ni bukan mudah ya anak anak. Wajib ada musuh! iaitu SIFAT MALAS! Apa apa pun kita buat takkan dapat hasil kalau kita malas. Apa salahnya kita rajin? Apa salahnya kalau kita manfaatkan masa kita daripada kita buat taik kat mata tidur sampai bebelas jam semata mata nak cover semalam tak tidur konon study padahal online. Betul? Jangan manjakan sangat diri kita okay! Kita ada tujuan hidup! 

Lagi satu, kalau rasa dah susah sangat nak urus diri, urus masa.. solat lah! InsyaALLAH kalau kita solat, Allah akan permudahkan semua, hati kita pun akan lembut, kita pun rasa nak study, and so on. Trust me :)  



PLEASE... RAJINKAN YOURSELF :')

Dah! Pergi study! kalau tak aku lepuk sorang sorang kang!



WO AI NIMEN (: